Diriku di lahirkan pada tanggal 16 Jun 1983 di Hospital Besar Melaka. Kiranya aku ini anak jati negeri Melaka!! perjalanan hidup ini agak menarik juga untuk di kongsikan bersama semua rakan-rakan. Hingga kini aku mempunyai satu gelaran yang melekat dalam diri ini...gelaran yang dimaksudkan adalah "CAPANG"..nak tau kenapa?korang semua boleh fikirkan sendiri. semasa kecil lagi aku ni boleh lah juga banyak masalahnye dari segi kesihatan..mak kata aku ni kurang zat..tak tau nape..selalu sakit n badan kurus kering!!selalu jatuh..(jatuh tangga, jatuh dari serambi rumah terus ke tanah, jatuh basikal....) kepala ni memang dah banyak kali luka...nasib baik tak biol!!
diriku ini anak manja..yelah anak bongsu dari 4 beradik yang begitu rapat!!(i luv my bro n sis very2 much!!)cerita pasal manja ni aku boleh tafsirkan dalam 2 bentuk..orang kata anak manja ni semua nak dia dapat..kiranya menjadi kesayangan lah..tapi lain pulak aku ni..manja tetap manja, sayang juga tetap sayang.. TAPI!!!! kalau dah nak kene balun tu tetap juga kene..setakat rotan, cubit, kayu mop dan juga getah paip semua aku dah rasa...sakit tu tak tau plak nak cakap kat sini! ok kisah pasal adik beradik ler dulu ek..aku mempunyai dua orang abang n seorang kakak..abang yang sulong memang selalu manjakan aku...dulu masa kecik nak kemana dia akan bawa naik motor "honda cub kepala beruk"..nak dijadikan citer insiden telah berlaku betul2 kat "corner kamat jin" kat kampung aku yang tercinta iaitu kampung rumbia/kilir/area nak pergi rumah arwah nek kepah"...peh benjol kepala aku..abang aku siap cakap nak adu kat abah..abis tu kepala aku yang benjol mane nak sorok..?last2 abah tau juga..padan muke dia tak dapat bawa moto abah lagi..hehe..aku pun sama padan muka!!kisah abang sulong aku ni akan aku sambung dalam episod yang lain...
kisah kenangan aku dengan abang kedua pula tak banyak..sebab abang aku ni dia jenis pendiam..tapi aku sayang sangat kat dia..abang yang memahami diriku ini!!!nak tau tak abang aku ni ade gelaran dia...CIPENG..heheh..lawak bila aku sebut ni..muka dia macam cina..aku kalau marah dengan dia masa dulu2 lah aku akan cakap dia anak cina,abah n mak dah tertukar anak!!ade ke patut cakap macam tu...memang dasar mulut orang melaka ni pedas2 cikit kot!!hahaha..tapi tak kisah pun..kalau sekarang ni pun kalau kami berkumpul kami akan wat lawak macam tu!!!abang aku ni antara yang selalu kene balun dengan mak n kene marah dengan abah sebab ape tau?abang aku ni dia tak tahu membaca..kesian sangat kat dia bila abah rotan dia masa mengajar mengaji..menitik airmata dia jatuh kat atas muqaddam..aku nak awat ape masa tu..tengok ajelah..dia akhirnya berhenti sekolah tingkatan 3...erm..kisah abang kesayangan aku ni juga akan bersambung pada episod yang akan datang..
kakak aku plak nak dikisahkan...erm..seorang yang garang, selalu wat aku menyampah dan macam2lah..tapi dia cantik....we call her ITI GONA..hahahah..sampai sekarang kalau sape panggil dia dengan nama tu memang dia akan mengamuk...anak dia cakap pun kene marah...hahahah!!kisah yang menarik pasal kakak aku dengan diriku adalah dia ni antara musuh aku...kalau dia call rumah n cakap nak balik kampung aku dah mula rasa kurang selesa....aku nak cari jalan je nak balik kampung rumah nenek...bukan ape dia tu selalu nak marah. membebel n wat aku nak nangis..dia marah tu marah ni...!!!isk rimas aku!!tapi kini takdelah kami musuh2..sekarang ni dah sayang menyayangi......banyak lagi akan diceritakan pasal kakak ku ini...
asyik cter adik beradik je...cter pasal mak n abah pulak!!mak seorang yang penyayang...tetapi garang..ada cara nak uruskan anak dan seorang yang memendam perasaan..kisahkan yang paling aku akan ingat sampai bila-bila adalah kisah ku dirotan di depan semua kawan-kawan kat quarters TNB Tanjong Kling Melaka..(dah jadi rumah hantu pun quarters tu)tinggal kenangan!!aku rasa aku betul dalam semua hal...satu hari nak jadikan cerita, kepala ku berdarah dibaling batu oleh anak jiran..perempua tu...(masa ni darjah 2 bersekolah kat SK Lereh Melaka)..aku pun nangis ler..sakit..darah mengalir keluar..aku pun pi wat aduan kat kat mak...korang tau ape tindakan mak kat aku?...aku dirotan oleh mak, dicubit n siap mak cakap kuat2 lagi..."tu lah degil nak juga main..mak panggil balik kau tak nak balik!!"dan bla........bla.....isk..aku tak mengerti kenapa mak wat macam tu kat aku..dah lah aku sakit ditambah pula sakit...pas mak dah marah aku mak ubati luka ku..erm..keesokan harinya jiran datang ke rumah ku meminta maaf sebab anaknya baling batu kat kepala aku...KENAPA EK MAK WAT MACAM TU?
cerita pasal abah pula...abah seorang yang penyayang dan suka wat lawak...dan abah juga seorang yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam..aku pernah mendapat habuan dari abah disebabkan sikap yang tak tahu nak hormat orang solat..aku ganggu abang andy (my best cousin)..abang andy plak leh menjerit time tu "pak teh dak aki kacau andy solat" kejadian tu masa aku darjah 4 kot kat rumah makngah bibah (kelang)...ape lagi bila dengar je macam tu, abah terus seret aku pi bilik air sambil tangan capai batang mop....piap!!!!libasan kat kaki aku..patah!!!!!!patah!!!patah kayu mop tu!!tak cukup lagi tu abah amik getah paip then sesah kat kaki aku lagi..terkencing aku masa tu!!!menangis2..mak hanya mendiamkan diri je..lama gak lah aku nangis....dari pagi sampai nak petang....aku betul2 marah dan sakit hati dengan tindakan abah,,,,abah langsung tak pujuk aku ...sampailah nak makan tengahari abah datang kat aku then amek minyak dan sapu kat bekas libasan getah paip tu..abah peluk n cium kat pipi n dahiku..."nak. lain kali jangan kacau orang nak solat..."peh masa tu aku rasa sangat terharu then peluk abah...huhuhu......
ok lah...cukup sampai di sini..akan ku sambung lagi kisah ku ini untuk tatapan semua...kisah perjalanan ku yang penuh dengan suka duka.!!wassalam